Perjalanan Sebagai Penjual CD Game Kepada Orang 30 Terkaya Korea Selatan

Perjalanan Kim kepada pasaran topeng kecantikan muka di China yang bernilai $15Billion setahun adalah sangat panjang dan berliku.

Adik bongsu daripada 3 beradik ini mempunyai zaman kanak kanak yang selesa, ayah Kim adalah seorang pengurus cawangan bank yang sedang meningkat naik pada ketika itu. Sehinggalah keluarga mereka diuji apabila Ayah Kim kehilangan kerja dan semua duit simpanan keluarga hangus dibelanjakan di dalam kancah politik.

Kemudian, Ayah Kim bekerja sebagai buruh binaan, ketika itu menurut Kim kehidupan mereka susah, untuk makan nasi pun dah dianggap sebagai satu kemewahan, mereka sekeluarga terpaksa menggantikan nasi dengan barli sebagai makanan ruji.

Cengkaman Kesusahan Menyemarakkan Bakat Keusahawanan Kim

Apabila umur Kim 15 tahun, Kim mengalami ujian yang berat apabila ayah Kim meninggal dunia kerana kanser hati. Semenjak itu Kim dibesarkan oleh ibu dan nenek beliau.

“Pada fasa awal, saya didorong oleh keperluan untuk mempunyai duit”

Kim berkata menjelaskan apa tujuan awal Kim menceburi keusahawanan.

Sebagai remaja, Kim tak lari dari meminati permainan video (atau sekarang lebih dikenali sebagi E-sports), Kim bekerja separuh masa di sebuah kedai yang menjual pelbagai permainan video yang dimiliki oleh seorang pakcik tua.

Minat yang mendalam terhadap E-sports dan dicampur dengan desakan hidup, Kim membuka kedai bersaiz kecil yang menjual permainan video dan konsol di pangsapuri berdekatan.

Kim berjaya membuka kedai tersebut hasil simpanan sewaktu bekerja $4000 dan meminjam $3000 daripada keluarga beliau.

Kedai tersebut Kim namakan sebagai Game Paradise, nama asal GP Club pada hari ini.

Pengembaraan Kim Bermula

Kim sendiri yang akan membuka kedai tersebut sejurus tamat waktu sekolah sehinggalah pukul 11 malam, ketika itu Kim membuat loyalty program – beli 10 percuma 1 – bagi meningkatkan pembelian berulang dikalangan pelanggan remaja Game Paradise.

Hasil jualan dari kedai ini, apabila sudah cukup, Kim membuka satu lagi cawangan di pangsapuri lain yang berdekatan.

Apabila umur Kim mencecah 20 tahun, Kim telah mengumpul nilai kekayaan sebanyak 300 Juta won (bersamaan dengan kira kira RM 2 Juta pada hari ini).

Memanfaatkan data pelanggan Game Paradise, Kim sedar pelanggan Game Paradise ingin mencari beg selimpang untuk menyimpan permainan konsol Playstation dan Nitendo mereka.

Pada 2003, Kim membuat trip pertama kali ke China , di mana beg selimpang ini boleh dihasilkan. Semenjak itu, Perniagaan permainan video dan aksesori GP meningkat naik kepada 50 Billion Won setahun (RM 160 Juta pada ketika itu!)

Titik Mula Penceburan Kim Ke Dalam Pasaran Kecantikan

Setelah ratusan perjalanan pergi balik Kim ke China, Kim semakin fasih berbahasa cina dan memahami budaya orang orang cina di China.

Dan pada 2013, Kim menyedari satu pasaran baru yang mempunyai potensi yang sangat besar iaitu pasaran kecantikan. Produk kecantikan daripada Korea sangat diminati oleh orang China (malah dunia, akibat daripada letusan budaya Kpop dan Kdrama)

Lantas, Kim membuat keputusan untuk menjadi pengedar bagi sebuah jenama kecantikan korea di pasaran negara China.

Sambutan, sangat luar biasa!

Kim mengenangkan kejayaan membawa masuk produk kecantikan korea di China

Tetapi, peranan Kim sebagai orang tengah mula digugat apabila jenama yang dibawa masuk oleh Kim itu cuba ‘memotong’ beliau dengan menjual terus kepada peruncit di China.

Kecewa dengan itu, Kim pergi berjumpa dengan pengilang kosmetik kecil di Korea. Pada 2016, Kim melancarkan jenama produk kecantikan beliau sendiri yang diberi nama JM Solution (Journey To Miracle).

Kim mengkaji pasaran dan mendapati pengguna di China membeli topeng kecantikan muka bernilai $15 billion setahun! Pasaran yang besar untuk Kim mengembangkan legasi perniagaannya.

JM Solution di bawah kendalian GP, melancarkan produk topening kecantikan muka yang diberi nama JM Solution’s Honey Luminous Royal Propolis Mask kemudian disusuli denhan Active Bird’s Nest Moisture Mask, Active Jellyfish Vital Mask dan Active Pink Snail Brihtening Mask.


Apa yang menarik, GP tak melancarkan kempen pengiklanan pun. Semuanya di’promosi’ melalui Social Media Influencer di China. Melalui Sina Weibo (versi twitter di China) dan tiktok.

Strategi ini, membolehkan GP menjual jumlah terkumpul 800 juta topeng kecantikan muka sehingga 2018.

Kekayaan Baru

Pada harini GP Club yang bermula menjual konsol permainan video dan aksesori, hanya mewakili 6% daripada pendapatan keseluruhan GP club, selebihnya sebanyak 94% adalah hasil daripada produk produk JM Solution.

Kejayaan GP Club melancarkan JM solution membuatkan para analisa menjangkakan syarikat GP mampu dinilai sebanyak 10 Trillion Won di IPO!

Sumber :
Forbes Asia July/August 2019

Some content on this page was disabled on 13th July 2020 as a result of a DMCA takedown notice from Jun Michael Park. You can learn more about the DMCA here: https://en.support.wordpress.com/copyright-and-the-dmca/

7 Kebaikan Ecommerce Kepada Perniagaan SME

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai kebaikan ecommerce kepada perniagaan SME, kita kenali dahulu apa maksud E-Commerce itu sendiri.

E-Commerce adalah singkatan kepada perkataan Elektronic Commerce yang terdiri dari pembelian dan penjualan produk atau perkhidmatan melalui sistem elektronik seperti jaringan komputer dan Internet.

Dalam dunia teknologi moden ini, e-commerce menjadi pilihan yang sangat penting bagi banyak perniagaan kerana seperti yang kita tahu, dunia harini telah dikuasai oleh teknologi dan capaian internet.

Ia seolah-olah tiada batasan dalam perniagaan untuk mencapai produk anda kepada pelanggan.

Dengan meningkatnya permintaan untuk pembelian dalam talian, semakin banyak perniagaan beralih ke e-store dari kedai fizikial semata-mata.

Lihatlah realiti hari ini, musim tragis Covid 19 & PKP memberikan kesan yang paling besar kepada perniagaan yang hanya bergerak secara offline semata-mata.

Lihat juga dari sudut positif kepada tragedi Covid-19 ini di Malaysia, permintaan dan pengetahuan kepada pengguna mengenai ONLINE semakin tersebar dengan luas.

Mak Cik Kiah goreng pisang pun dah pandai menjual dan membeli secara online! Pos Laju sahaja menerima parcel hampir 700k setiap hari pada bulan APRIL 2020 ini. Satu jumlah yang sangat besar

Dengan mempertimbangkan peratusan ini, kita dapat mengatakan bahawa e-commerce berkembang pesat kerana rangkaian faedahnya yang dapat dinikmati oleh setiap industri.

Hari ini, e-Commerce telah merevolusikan cara syarikat SME menjalankan bisnes. Kini, pengguna dapat membeli hampir apa sahaja dalam talian 24/7 sehari dan mendapatkan pengalaman membeli-belah yang terbaik tanpa bersusah payah lagi.

Jika anda seorang usahawan SME, hari ini Niaga Daily nak kongsikan kepada anda..

7 Kebaikan Ecommerce Kepada Perniagaan SME

1) Mudah Memperluaskan Jenama Anda

E-commerce adalah cara yang paling ideal untuk membawa jenama anda daripada perniagaan offline(kedai fizikal) kepada online (website). Melalui website anda, ianya mampu hidup 24/7 tanpa berehat.

Dengan bantuan sosial media harini membuatkan kedai anda tidak perlu direka banyak kali! Satu website, boleh di akses kepada jutaan pelanggan anda.

Tiada limit seperti kedai fizikal yang mungkin terhad untuk beberapa pax dalam sesuatu masa. Selepas ini juga anda tidak perlu risau mengenai sewa kedai, renovasi dan sebagainya.

Kini jenama anda boleh diluaskan ke seluruh tempat dengan mudah!

2) Senang Untuk Pelanggan Berbelanja

Kedai online akan membuatkan pelanggan kita boleh datang pada bila-bila dimana jua yang mereka mahukan! Tidak terhad pada sesuatu masa ataupun perlu mengikut jadual waktu free mereka.

Saya percaya, anda yang membaca ni pun dah kurang membeli secara Fizikal kan? Dah mula untuk membeli barangan-barangan secara online di shoppe atau lazada. Sebab apa?

Kerana ianya mudah, tak terikat dengan masa, waktu perjalanan kos dan sebagainya apabila pelanggan nak membeli sesuatu barangan. Selesa & Fleksibal.

3) Mudah Untuk Skalakan Perniagaan 

Laman web ecommerce membolehkan anda menskala perniagaan anda dengan lebih mudah. Sebab apa? Anda boleh menambah produk anda pada bila-bila masa tanpa perlu memikirkan untuk memperbesarkan premis jika anda berniaga secara kedai fizikal.

Sekarang Ini pula, ada servis courier yang datang ke ofis kita untuk ambil parcel! Dari segi sales pun tiada limit.

Lihat sahaja bagaimana Ali Baba mampu menjana jualan berbillion dalam satu hari semasa 11.11 atau 12.12! Kalau kedai fizikal, mau anda perlukan ribuan staff untuk menguruskan duit tu. Haha

4) Kos Yang Rendah

Selenggara website sangat murah berbanding daripada anda menjaga kedai fizikal. Bukan setakat itu sahaja, mungkin di kedai anda perlukan sehingga 5 orang pekerja dalam satu masa.

Tapi di website, anda hanya perlu seorang sahaja (bisnes skala kecil) untuk mengawal selia website untuk melihat order & membuat packing. Nak buat inventori produk atau perkara2 yang renyah pun mudah melalui website! Semuanya telah direkod secara rapi.

5) Analitik Pelanggan

Hari ini DATA adalah segala-galanya. Kalau tidak, bagaimana Facebook & Google mampu menjana billion sales dari advertising!

Semuanya melibatkan DATA. Kita peniaga SME kena belajar untuk menggunakan DATA dalam bisnes kita. Jika anda menjual melalui ecommerce website, apa yang data anda akan dapat ? Ini antara jenis maklumat yang boleh anda analisis :

– Data Demografi

– Produk yang Dibeli

– Produk Dilihat

– Produk Dikongsi

– Masa yang Dibelanjakan di Laman Web

– Paparan Mudah Alih vs Desktop

– Masa Pembelian

Dan Banyak Lagi!

Semua data ini kemudian dapat dianalisis untuk membantu anda membuat keputusan mengenai perniagaan anda dengan lebih tepat!

[Baca Juga : Penjual Daging Gunakan Big Data Untuk Tingkatkan Jualan]

6) Mampu Untuk Automasi Perniagaan

Melalui ecommerce anda mampu untuk automasikan perniagaan anda. Kerana apa? Ianya bukak 24/7/365 walaupun tanpa ada monitor setiap masa!

Penjualan akan lebih mudah kerana ianya hanya melibatkan pelanggan dan website anda. Tidak perlu sales person untuk layan sentiasa seperti kita close melalui Whatsapp.

7) Mudah Menguruskan Database Pelanggan

Kita tahu database pelanggan merupakan suatu aset yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Jadi melalui ecommerce ni anda boleh urus database dengan teratur.

Bayangkan selama ni database kita dalam excel (tu pun kalau simpan), semuanya dibuat secara manual. Kalau ada di website, kita boleh follow up mereka untuk UPSELL, REMINDER, SHOUTOUT PROMO dan sebagainya.

Bayangkan jika kita berniaga dah 5 tahun ada 20,000 database dalam website? Lepas ni anda jual apa sahaja, anda blast sahaja 20k database ini melalui emel. Kan dah jimat marketing kat situ.

So ini antara 7 Kebaikan Ecommerce Kepada Perniagaan SME yang boleh saya kongsikan.

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan ecommerce ni untuk perniagaan anda. Anda akan explores satu persatu kebaikan bila anda sudah mempunyai ecommerce website nanti.

Yang penting mesej ini adalah kepada SME bisnes di luar sana yang masih lagi tidak ecommerce kan perniagaan mereka. Mulakan harini!

Penjual Daging Ini Gunakan Big Data Untuk Tingkatkan Jualan

Pendleton & Son Butchers adalah sebuah kedai daging kecil terletak di utara barat London yang ditubuhkan sejak 1996, sebagai perniagaan yang dah bertapak lama semenjak 1996, mereka mempunyai pelanggan yang ramai dan reputasi yang bagus selama bertahun tahun

Namun sejak beberapa tahun lalu, apabila sebuah perpustakaan besar ditutup dan digantikan dengan pasaraya besar yang terletak di lorong yang sama dengan Pendleton & Son Butchers, ia ternyata sangat memberi kesan kepada sebuah kedai daging kecil terhadap pelanggan yang datang dan akibatnya hasil jualan merosot.

Apa Permasalahan Yang Cuba Diselesaikan ?

Pengasas mereka, Tom Pendleton yakin yang kedai beliau menawarkan pilih yang mempunyai kualiti tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh pasaraya baru tersebut.

Masalah yang dijumpai adalah kesukaran untuk menyampaikan maklumat atau mesej ini (Daging di kedai beliau lebih berkualiti) kepada orang awam dan kesukaran untuk membuatkan prospek masuk ke kedai beliau lebih memeningkan kepala.

Strategi buang harga tak berjaya, dan dengan hasil jualan yang terus merosot, anak beliau, Tom Pendleton cuba menggunakan data untuk memastikan perniagaan keluarga mereka terus hidup.

Bagaimana Data Di Gunakan Di Kedai Daging ?

Pendleton & Son Butchers memasang peranti yang murah dan simple di tingkap kedai untuk mengimbas bagi menyelia aliran trafik dan mengukur impak ketika mereka membuat promosi melalui tingkap kedai.

Menggunakan pengimbas ini, mereka dapat mengetahui secara tepat

  • berapa ramai orang lalu di hadapan kedai mereka
  • berapa ramai orang yang berhenti sebentar untuk melihat promosi yang dipaparkan di tingkap kedai
  • berapa ramai orang yang sebenarnya masuk ke kedai

Menggunakan data ini, Pendleton & Son Butchers kini boleh tune cara mereka memaparkan promosi dan mesej di tingkap kedai mereka berdasarkan kecenderungan dan tabiat pelanggan mereka.

Menjumpai Potensi Aliran Pendapatan Baru

Hasil daripada perolehan data ini, mereka menjumpai potensi aliran pendapatan yang baru!

Mereka mendapati pada hari jumaat dan sabtu pukul 9 malam sehingga larut malam (mereka tutup belah petang) , ramai orang lalu lalang di hadapan kedai mereka, jumlah orang yang lalu lalang ini bersamaan dengan jumlah pada waktu makan tengahari di situ

Pendleton & Son Butchers pun mencuba menjual sosej dan burger menggunakan bahan premium untuk dijual kepada orang yang baru pulang dari pub berdekatan. Pendapatan mereka meningkat berkali ganda!

Produk khas mereka ini mendapat sambutan yang sangat popular, menyebabkan Pendleton & Son Butchers memutuskan untuk mengekalkan penjualan produk ini pada setiap Jumaat dan Sabtu dan membolehkan lebih ramai orang awam mengenali Pendleton & Son Butchers !

Mengenali Pelanggan Sedia Ada Dengan Lebih Dalam

Kemudian Pendleton & Son Butchers cuba mendapatkan data tentang cuaca dan mengaitkannya dengan jangkaan permintaan pelanggan mereka ;

Adakah apabila cuaca turun pada paras 16 darjah celcius, pelanggan mereka ada kecenderungan untuk membeli daging dengan lebih banya ? atau sebaliknya

Jadi mereka boleh menyusun dengan baik jadual rantaian bekalan mereka, bila nak ambil stok banyak bila nak kurangkan stok di mana ia akan mengekalkan kesegaran daging sekaligus dapat mengekalkan reputasi mereka!

Pendleton & Son Butchers juga membina aplikasi untuk pengguna, di mana mereka ingin mengenal lebih dalam lagi pelanggan mereka ;

  • Siapa pelanggan mereka ?
  • Apa pekerjaan mereka ?
  • Apa yang mereka beli ?
  • Pada waktu bila mereka membeli ?
  • Bagaimana trend pembelian mereka ?

Data data ini akan membolehkan Pendleton & Son Butchers menghantar e-mel promosi atau diskaun mengikut tabiat pengguna mereka secara berasingan yang akan menyebabkan pelanggan Pendleton & Son Butchers akan merasai ada personal touch antara mereka dan Pendleton & Son Butchers

Data Yang Digunakan ?

Ya, Pendleton & Son Butchers hanya menggunakan peranti pengimbas biasa yang tak menelan belanja yang besar pun. Big data tidak semestinya perlu menggunakan peralatan atau perisian yang mahal!

Yang penting kita tahu data apa kita mahu dapatkan dan apa tujuannya ?

Dan ini membuktikan Big Data bukan milik syarikat korporat besar sahaja. Semua jenis atau saiz perniagaan mampu mendapat manfaat dari Big Data ini

Pada akhirnya, tak kisah berapa banyak data yang kita kumpul dan kita analisa. Yang paling mustahak, apa yang kita buat dengan data tersebut.

Rujukan :
big data for small business for dummies (2016), by john wiley & sons, ltd, chichester
big data in practice, by bernard marr

Apa Itu ‘Pivot’ Dan Kenapa Usahawan Perlu Tahu Ilmu ‘Pivot’

Malaysia telah memasuki fasa ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan semua sedia maklum perang terhadap Covid-19 ini adalah bukan semata mata perang melawan wabak, tetapi perang memulihkan kembali ekonomi.

Banyak perniagaan kecil sederhana, Startup yang terjejas, kehilangan aliran tunai yang memakan sikit demi sedikit duit simpanan syarikat akan menyukarkan keadaan.

Adakah bangsa usahawan hanya akan mengambil langkah tunggu dan lihat ?

Sudah tentu tidak, seperti contoh di dalam negara Malaysia, syarikat seperti The Lorry, Mat Despatch, Zepto Express, ARBA Travel memulakan langkah dengan menambah perkhidmatan pembelian barangan basah atau barangan runcit, dan ARBA Travel pula mengeluarkan sistem Yezza untuk membantu peniaga kecil berniaga di atas talian.

Apa Itu Pivot ?


Di dalam dunia Startup, Pivot bermaksud menukar haluan atau strategi dan Pivot sering disalahanggap sebagai menukar keseluruhan strategi syarikat.

Tidak semestinya.

Kadangkala, Syarikat hanya mempunyai satu atau sedikit masalah yang perlu diselesaikan dan mungkin hanya memerlukan perubahan dalam beberapa aspek sahaja untuk membuatkan Syarikat kembali ke landasan yang betul (untung)

Contoh yang boleh dianggap sebagai Pivot

  • Mengeluarkan satu fungsi dalam sesebuah produk/servis sedia ada dan menukarkannya menjadi stand alone produk/servis
  • Menukarkan fokus kepada jenis pelanggan yang berbeza dengan memposisikan syarikat di dalam pasaran yang baru
  • Menukar platform, seperti contoh, daripada aplikasi mobile kepada software
  • Melancarkan model aliran pendapatan yang baru, seperti contoh, syarikat yang menghasilkan
    konten mungkin merasakan subscription model lebih menguntungkan berbanding penjualan ruang iklan
  • Menggunakan teknologi yang lain untuk menghasilkan produk, selalunya untuk merendahkan lagi kos pengeluaran atau untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi
Odeo melalukan pivot dan terhasil lah Twitter yang memasuki IPO pada tahun 2013

Bagaimana Nak Pivot Dengan Efisien ?

Apabila syarikat membuat keputusan untuk pivot, banyak perkara tentang perlaksanaan perlu diambil berat.

Ini adalah tips daripada 10 Years Founders Institute untuk mengurangkan risiko ketika melaksanakan strategi pivot dan meningkatkan peluang mendapat hasil yang bagus

  1. Laksanakan Secepat Mungkin

    Banyak syarikat atau startup yang melalukan pivot lebih daripada sekali. Jangan rasa down bila kita perlu banyak kali pivot untuk meletakkan syarikat di landasan yang betul.

    Biarpun kita baru pertama kali atau sudah kali ke 5 melakukan pivot – yang penting kita laksanakan dengan pantas untuk mengelakkan kita membuang masa, tenaga dan duit.
  2. Tetapkan Matlamat Baru Yang Selari Dengan Visi Anda

    Keusahawanan adalah long term game, dan untuk mengharungi perjalanan jangka masa panjang matlamat dan visi perlu selari. Jadi setiap kali pivot, boleh nilai semula matlamat dan visi asal, kalau perlu tukar, tukar saja
  3. Jangan ‘Buang’ Semua Yang Dah Dibina

    Kerana pivot tidak semestinya kita melakukan perubahan radikal atau drastik. Penting untuk kita mengenalpasti aspek aspek sedia ada yang boleh disimpan, diselamatkan, atau digunakan semula.

    Usahawan mungkin telah berpenat lelah menghabiskan wang, tenaga dan masa membina perniagaan stabil. Untuk pivot, usahawan disaran melorongkan sumber yang ada (kepakaran, pasukan, duit, premis dan lain lain) kepada halatuju yang baru
  4. Hanya Pivot Bila Yakin Dengan Peluang Pertumbuhan Yang Ada

    Strategi pivot ini sangat berguna apabila syarikat menemui jalan buntu ataupun halangan. Tetapi
    usahawan perlu melakukan pivot dengan mengambil kira tentang saiz pasaran, pesaing, kemahuan pelanggan, ramalan pendapatan dan pelan jangka masa panjang.

Lebih banyak kita bersedia dari segi perancangan dan halatuju, lebih bagus. Membuat keputusan jangka panjang tanpa berfikir dengan teliti hanya akan membawa kepada masalah baru.

Jadi sebelum membuat apa apa keputusan, ambil masa untuk menyiapkan syarikat dari segi perancangan jangka panjang dan juga halatuju baru.

Bagaimana Walmart Menggunakan ‘Big Data’ Untuk Memaksimumkan Keuntungan

  • Walmart mempunyai 2.2 Juta pekerja di seluruh dunia. 1.5 Juta daripadanya adalah di Amerika Syarikat!
  • Untuk tahun berakhir 31 January 2019, Walmart mencatatkan pendapatan sebanyak $514.4 billion

Pasaraya besar seperti Walmart, Tesco, Amazon, dan lain lain menjual berjuta-juta barang dagangan setiap hari, dalam industri yang dipanggil FMCG (Fast-Moving Consumer Goods), ia adalah satu industri yang sengit dan jangan terkejut jika purata keuntungan bersih selepas cukai untuk pemain di industri ini hanyalah 3% – 9% sahaja!

Margin keuntungan yang nipis, kalau silap percaturan, boleh rugi. Sebab kebanyakkan barangan yang dijual di pasaraya ada tarikh luput yang singkat, mudah rosak, dan tabiat pengguna berubah dengan sangat laju bergantung kepada faktor luaran macam harga minyak, musim perayaan, kestabilan ekonomi, musim hujan, bencana dan lain lain

Ini semua menyebabkan Walmart cuba mencari solusi bagaimana untuk menjual barang dagangan yang tepat, harga yang tepat, pada orang yang tepat di masa yang tepat!

IMAGE DISTRIBUTED FOR WALMART – Customers leave happy from a Walmart store in Bentonville, AR, with their Black Friday items on Thursday, Nov. 24, 2016. This year, Walmart stocked its digital and physical aisles with more than 1.5 million televisions, nearly two million tablets and computers and three million video games. (Gunnar Rathbun/AP Images for Walmart)

Bagaimana ‘Big Data’ Digunakan Untuk Mengatasi Masalah Ini ?

Pada 2011, ketika kesedaran tentang bagaimana data boleh digunakan untuk memahami keperluan & tabiat pengguna dan menyediakan mereka dengan produk yang tepat mula menjadi bualan ahli perniagaan di seluruh dunia

Walmart menubuhkan @WalmartLabs & Fast Big Data Team untuk mengkaji dan melancarkan initiatif perniagaan berpandukan data di seluruh organisasi mereka

Strategi mereka ini dikenali sebagai Data Café – Hab analisis di Ibu Pejabat mereka bertempat di Arkansas. Di Data Café, pasukan analisis boleh mengawasi sebanyak 200 aliran data dalaman dan luar secara langsung!

Akses kepada data secara langsung adalah kunci kepada prestasi perniagaan yang hebat

“Jika anda tidak tahu apa yang berlaku hanya sehingga anda menganalisa prestasi jualan untuk seminggu ataupun sebulan, dalam tempoh tersebut anda telahpun rugi!”

Naveen Peddamail
Penganalisa Statistik Walmart

Matlamat Walmart adalah untuk mendapatkan maklumat, informasi dan data dengan pantas dan menyalurkan semua itu kepada pihak terlibat supaya mereka boleh mengambil tindakan terus untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul.

Pasukan dari mana mana bahagian atau jabatan akan dijemput membawa masalah data mereka ke Data Café dan bekerja bersama dengan penganalisa untuk mencari solusi.

Walmart juga membangunkan sistem untuk ‘mengawasi’ prestasi mereka dan boleh ‘memberitahu’ mereka jika Walmart sedang berada di tahap atau situasi yang tidak diingini, solusi akan terus dirangka bersama sama pasukan operasi dan juga penganalisa data.

Contoh Situasi Penggunaan ‘Big Data’ Di Walmart

  1. Pasukan Bahagian Runcit Walmart mengalami kesukaran untuk memahami kenapa jualan untuk sesetengah barangan merosot secara mendadak

    Apabila data sampai ke tangan Data Café, dengan pantas mereka mengetahui punca sebenar kemerosotan itu. Berpunca dari kesalahan meletakkan tanda harga

    Kesilapan itu terus dibetulkan dan jualan kembali pulih selepas beberapa hari.

    Kalau lambat tahu punca, bayangkan berapa banyak yang Walmart boleh rugi!

  2. Ketika Halloween, mereka mendapati jualan Novelty Cookies di beberapa lokasi Walmart tak terjual langsung! Setelah dianalisa, di lokasi tersebut pasukan operasi tak letakkan produk itu di rak jualan.

    Bukan algoritma yang kompleks, tetapi masalah itu dapat diatasi awal kerana mereka ada sistem untuk menganalisa data secara langsung

  3. Walmart juga mengumpulkan data dari perbualan perbualan di media sosial dan daripada itu mereka cuba untuk ‘meramal’ produk atau barangan yang akan laku dalam tempoh beberapa minggu atau bulan yang akan datang

    Ini memudahkan mereka membuat pembelian stok dengan lebih awal dan murah, sebab dalam pasaran ketika itu belum ada permintaan, jadi mereka boleh beli stok dengan harga murah!

  4. Walmart membangunkan enjin pencarian mereka sendiri, dimana membolehkan mereka menganalisa barangan apa yang selalu dicari oleh pelanggan di Laman E-dagang Walmart

Hasil Dari Perlaksanaan ‘Big Data’

Initiatif Data Café telah berjaya mengurangkan masa yang perlu diambil untuk sesuatu masalah diselesaikan, sebelum ada ‘Big Data’ ini Walmart ambil masa sehingga 3 minggu untuk kenalpasti masalah dan penyelesaian, dan Walmart berjaya mengurangkan tempoh itu kepada hanya 20 minit! Gila!

Untuk kekal relevan setelah kemunculan Amazon dan Alibaba. Walmart melaksanakan strategi yang betul apabila melancarkan initiatif ‘Big Data’

Kebanyakkan orang bila dengar pasal ‘Big Data’, mesti ingat benda benda canggih yang tak terjangkau akal. Dari sudut perniagaan, ia hanya kupayaan untuk memahami masalah, tabiat, trend dan menyediakan solusi dengan lebih cepat.

Rujukan : 
1) Walmart (2015) When data met retail: A love data story 
2) Big Data in practice - Bernard Marr

Rugi terkumpul RM 422.53 Juta, Mampukah MAPS Dipulihkan ?

  • sehingga 31 Disember 2017, rugi terkumpul untuk MAPS yang dikawal selia oleh ATP adalah berjumlah RM 422.53 Juta dan liabiliti bersihnya berjumlah RM380.14 juta
  • Dan pengurusan Perak Corp juga memberitahu kepada pemegang saham yang MAPS menelan belanja RM 5 juta sebulan.

Pernah memenuhi dada-dada akhbar dan menjadi buah mulut rakyat Malaysia sebagai Taman Tema Animasi Peratama di Asia Tenggara dengan 40 jenis tarikan yang unik di dalamnya dengan kos jangkaan awal sebanyak RM 390 Juta namun kosnya melonjak sehingga RM 607 Juta menurut akhbar The Edge.

Projek Movie Animation Park Studios (MAPS) memulakan langkah agak sumbang apabila gagal beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan walaupun jangkaan awal siap sepenuhnya pada tahun 2015, tetapi MAPS hanya mula beroperasi pada 26 Jun 2017

Dan pada awal bulan Mac 2016, tiket pas bermusim telah pun mula dijual kepada orang awam dengan jangkaan MAPS boleh beroperasi pada bulan Julai 2016

Perak Corp mungkin menjual 51% saham mereka di dalam Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP)

ATP Sdn Bhd adalah syarikat yang menguruskan operasi MAPS.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilihat berpotensi untuk membeli 51% saham Perak Corp di dalam ATP Sdn Bhd.

Memandangkan PKNP adalah ibu syarikat kepada Perak Corp, ianya dilihat lebih sebagai peralihan aset, atau pada masa ini lebih tepat disebut sebagai peralihan liabiliti daripada Perak Corp kepada PKNP

Menurut Akhbar The Edge, sehingga 31 Disember 2017, rugi terkumpul untuk MAPS yang dikawal selia oleh ATP adalah berjumlah RM 422.53 Juta dan liabiliti bersih nya berjumlah RM380.14 juta

Ibu syarikat ATP, Perak Corp pula mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah RM147.2 Juta pada berakhir 31 Disember 2018 dan RM320.1 Juta pada tahun 2017

Dan pengurusan Perak Corp juga memberitahu kepada pemegang saham yang MAPS menelan belanja RM 5 juta sebulan.

Perubahan Model Perniagaan

Pada bulan Mac 2018, MAPS memperkenalkan model perniagaan baru dengan membenarkan orang awam masuk secara percuma untuk menarik orang ramai beriadah dengan menggunakan fasiliti yang ada

Pengunjung hanya perlu membayar setiap permainan atau pertunjukkan persembahan yang diingini sahaja serta MAPS turut menyediakan ruang makanan dan minuman untuk pengunjung

MAPS juga akan membuka pelbagai lagi tarikan terbaharu untuk memberi banyak pilihan kepada pengunjung yang datang ke situ sekali gus dapat memperhebatkan lagi taman tema itu.

Dalam pada itu, MAPS juga bercadang untuk menjadikan taman tema itu sebagai kawasan rehat dan rawat (R&R).

Perbincangan dengan (pihak pengurusan) PLUS (Lebuh Raya Utara Selatan) telah dilakukan mengenai perancangan tersebut namun kajian lebih teliti perlu dilakukan seperti membuat lencongan jalan dan sebagainya kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Pengunjung boleh menikmati setiap tarikan dengan menggunakan sistem berkupon serendah RM3 serta pihak MAPS turut menawarkan dua bentuk tiket istimewa iaitu ‘MAPS Pasport’ dan ‘MAPS Infinite Pass’ khusus untuk pengunjung.

Bagi pembeli tiket ‘MAPS Pasport’ yang berharga RM80, pengunjung boleh menaiki setiap permainan dan tarikan untuk sekali sahaja dengan tempoh sah sehingga 30 hari dari tarikh pembelian manakala ‘MAPS Infinite Pass’ yang bernilai RM145 pula boleh menikmati setiap tarikan seberapa banyak kali yang mereka mahukan dalam tempoh sehari.

Mission Impossible ?

Dengan perubahan model perniagaan dan konten yang lebih menarik yang sedang dirangka dalam misi memulihkan MAPS dilihat sedikit sebanyak meletakkan MAPS pada landasan yang betul

Tapi untuk menghasilkan impak dalam masa singkat, apa strategi yang paling baik ?

Sumber :



7 Tips Berkesan Ini Memudahkan Anda Untuk Bercakap Di Khalayak Ramai

  • Jika anda perhatikan kebanyakkan pemimpin negara,bisnes ataupun organisasi kecil yang berpengaruh, semuanya ada persamaan, mereka mampu berucap dengan berkesan!

Apabila kita berbicara tentang membuat pembentangan/pengucapan awam hatta pengenalan diri yang ringkas sekalipun, ada diantara kita yang lebih sanggup jumpa hantu daripada berdiri depan orang ramai!

Perkara itu adalah perkara normal, kerana bercakap di khalayak adalah ketakutan yang tegar bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, malahan dunia.

Tetapi, harus diingat untuk menjadi individu yang efektif tidak kira samada anda adalah pemilik syarikat, CEO, pengurus, pekerja ataupun budak praktikal sekali pun anda harus mempunyai kemahiran bercakap di khalayak

Every time you have to speak, you are auditioning for leadership.

– James Humes

Sesuai dengan petikan kata kata di atas, jika anda perhatikan kebanyakkan pemimpin negara,bisnes ataupun organisasi kecil, semuanya ada persamaan, mereka mampu berucap dengan berkesan!

Antara teknik dan persiapan yang anda boleh praktikan adalah

1.Memahami Expectation Dan Meneliti Maklumat Teknikal

Kumpulkan segala maklumat tentang lokasi, teknikal set-up, masa yang diberikan, tatacara pemakaian, topik, isu yang perlu dielak, jenis pembentangan dan lain lain

memproses maklumat ini lebih awal akan membantu anda untuk lebih tenang, pada hari kejadian anda hanya perlu fokus dalam menyampaikan mesej ucapan anda

2.Kenali Penonton Anda

Mengenali penonton anda adalah sama penting dengan anda memahami subjek ataupun topik ucapan anda

Pastikan anda menilai tahap pemikiran’ penonton anda dengan tepat, dan sesuaikan penyampaian anda dengan tahap mereka. Anda mesti memastikan penonton anda tidak bosan dan mendapat input semaksima mungkin

Josephine Lee, pemenang tempat ketiga dalam Kejohanan Pengucapan Awam Toastmasters World 2016 menekankan kalau beliau perlu menyampaikan ucapan kepada 2 audiens yang berbeza, dia akan sesuaikan dengan membuat dua slide yang berbeza dan cara penyampaian yang berbeza.

3.Rancang Dan Bina Struktur Ucapan Anda

Anda mungkin mempunyai keberanian untuk bercakap dan kemahiran membuat slide yang bagus, tetapi jika anda tidak merangka ucapan anda, besar kemungkinan anda akan cenderung untuk bercakap tanpa hala tuju dan poin utama anda ditenggelami oleh poin-poin yang kurang penting

Ianya tentang keringkasan, dan bukan hanya tentang apa yang anda perlu cakap tapi apa ambil kira juga tentang perkara yang anda tidak perlu cakap.

Buatkan ucapan anda jadi ringkas, tepat dan padat.

Josephine Lee sentiasa memilih satu poin utama apabila sedang membuat persiapan untuk bercakap di khalayak, tak kira samada ucapan itu hanya 5 minit ataupun 45 minit

Pilih satu poin/tema utama, lengkapkan ia dengan sokongan fakta, contoh ataupun bukti.

“So even if the audience forgets 99% of your speech, which they will, they will go home with that 1%,”

Josephine Lee

4.Jangan Penuhkan Slide Anda

Slide sepatutnya berfungsi sebagai alat yang boleh membantu anda untuk memberikan impak yang maksima dalam pemahaman audiens anda, jangan penuhkan ia dengan perkataan-perkataan yang berupa perenggan

Yang paling baik adalah apabila slide kita berfungsi sebagai data visualisation.

Data, fakta ataupun poin yang kita mahu tanam dalam minda audiens

5. Berlatih, Berlatih Dan Berlatih

“Bila anda berlatih dengan secukupnya, anda akan peroleh ritma yang betul” kata Nathan, yang menganggarkan dia berlatih hampir 100 kali sebelum ucapannya di TEDx Talk

Anda juga akan membina keyakinan dan selesa apabila berucap tanpa menggunakan sehelai kertas, kerana anda telahpun biasa dengan struktur ucapan yang anda buat.

6.Dapatkan Maklumbalas

Selain berlatih depan cermin, anda boleh juga berlatih di hadapan rakan anda ataupun rakam dan hantarkan pada rakan anda, dapatkan maklumbalas mereka tentang ‘persembahan’ anda dan bagaimana anda boleh tambah baik untuk beri ucapan yang berkesan

7. Hafal Baris Pertama Dan Terakhir

Jika anda menghafal kesemua ucapan anda, anda tidak akan tampak semulajadi dan ucapan anda akan jadi kurang berkesan.

Lebih baik untuk tidak menghafal keseluruhan ayat, ingat pada awal artikel anda disarankan untuk membina struktur ucapan dan bukannya menghafal satu per satu.

Ini akan membolehkan anda ‘melonggarkan’ penggunaan ayat ketika di atas pentas ataupun dihadapan dan buatkan anda kurang berasa gemuruh.

Hafal baris pertama dan terakhir sudah memadai.

Dan akhir sekali, kalau anda rasa gemuruh, ingatlah bahawa kadang kadang menteri-menteri, CEO – CEO, Pengurus pengurus yang berucap dengan baik dihadapan tu pun gemuruh dan tak tidur malam juga

Jadi, jangan takut okay ?


Pernah Dipandang Rendah Kerana Umur Yang Muda Kini Beliau Bernilai $475 Juta

  • Kira kira lebih daripada 312 cawangan menjadikannya lebih besar dari Mc Donnald di Filipina pada ketika itu
  • Beliau menjual 70% sahamnya kepada pesaing utama Mang Inasal, Jollibee Foods pada harga 3 Billion Peso

“Saya pernah bela misai semata-mata untuk kelihatan dewasa” Ujar Edgar Sia apabila dia mengimbas kembali ketika dia tidak diendahkan oleh tuan tanah yang beliau jumpa ketika beliau berumur 19 tahun

Perjalanan bisnes Edgar Sia bermula awal setelah dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan (Drop out) pengajian jurusan seni bina di universiti lalu mengetuai rakan-rakannya membina hotel bajet 5 tingkat yang mensasarkan golongan business travelers

Pada tahun 2003, Robinson (antara rangkaian pusat membeli belah terbesar di Filipina) membuka cawangan baru di Iloilo dan menawarkan kadar sewaan diskaun untuk restoran

Pada ketika itu Edgar Sia mengambil peluang dengan melancarkan Mang Inasal yang bermaksud Mr.Barbecue dalam bahasa inggeris. Beliau merasakan ia adalah makanan kegemaran masyarakat Filipina yang masih belum diteroka untuk dijadikan rangkaian restoran segera

Percaturan beliau menjadi apabila konsep yang diasaskan diterima ramai dan berkembang pesat untuk mendominasi ruang tersebut.

kredit gambar : foodcartbusiness.ph

Percaturan Tepat Yang Terus Berkembang

Hampir 7 tahun selepas itu, beliau berjaya mengembangkan Mang Inasal kepada rangkaian restoran segera kedua terbesar di Filipina! kira kira lebih daripada 312 cawangan menjadikannya lebih besar dari Mc Donnald di Filipina pada ketika itu

Beliau kemudian menjual 70% sahamnya kepada pesaing utama Mang Inasal, Jollibee Foods pada harga 3 Billion Peso yang membuatkan beliau mendapat tempat sebagai ahli Forbes Asia 2011 yang termuda dan tersenarai dalam 50 orang terkaya dengan kekayaan pada ketika itu sebanyak $85 Juta Dollar AS dan beliau baru berumur 34 tahun pada ketika itu

Beliau kemudian menjual 30% baki sahamnya dalam Mang Inasal pada 2016. Pada tahun lepas beliau telah pun menduduki tempat ke 24 orang terkaya di Filipina dengan kekayaan $475 Juta Dollar AS

Daripada Seorang Budak Mentah Menjadi Taikun Yang Disegani

Pada tahun 2013 beliau menjadi rakan kongsi Tony Tan (No 6 terkaya di Filipina) dan menubuhkan DoubleDragon dan telah didagangkan dalam papan dagangan awam pada tahun berikutnya.

DoubleDragon giat membina pusat membeli belah di kawasan kawan komuniti sederhana di Filipina dan telah membina 51 CityMalls pada hujung tahun lepas dan merancang untuk melancarkan rangkaian kedai runcit dibawah jenama MerryMart, beliau menyasarkan untuk membuka 1200 cawangan MerryMart sehingga tahun 2030

Kredit Gambar : newsinthephillippines.com

Edgar Sia juga sedang menyusun langkah untuk kembali dalam sektor hotel dimana beliau bermula dan dimana beliau pernah dipandang rendah satu ketika dahulu

Remaja 19 tahun yang tidak menghabiskan pengajiannya dan juga dipandang rendah kerana umurnya yang muda kini menjadi figura yang memacu ekonomi Filipina

Mungkin ada antara pembaca artikel ini juga akan melakarkan cerita yang sama, siapa tahu ?

Sumber : Forbes Asia

7 Impak Apabila Buat Pelaburan Dalam Pembangunan Jenama

  • Branding yang betul akan menyebabkan pelanggan mempunyai ‘preferred brand’ 
  • Bila pelanggan menjadikan sesuatu brand sebagai preferred brand, harga mahal pun dia masih steady

Jenama adalah aset yang bernilai. Intangible Assets. Tak bersifat fizikal tetapi nilaian boleh mencecah jutaan ringgit

Sebagai contoh jenama coca-cola yang jika semua kilang mereka musnah, semua pasaraya berhenti menjual produk mereka, dan jika semua pekerja mereka berhenti serta merta

Dengan nilaian nama coca-cola itu sahaja mereka boleh membina semuanya semula. Jenama mereka bernilai billion.

Brand yang kuat akan mengakibatkan impak berikut : 

1. Peningkatan Dalam Jualan Dan Market share

Dalam setiap industri akan ada market leader (yang memiliki majoriti pie ekonomi industri tersebut)

Market leader ini selalunya yang dah bertapak lama dalam industri, jadi mestilah dia yang dapat banyak.

Jadi macamana yang lain nak meningkatkan bahagian mereka dalam pie ekonomi industri tersebut ? 

Branding. Branding yang betul akan menyebabkan pelanggan mempunyai ‘preferred brand’ 

Tuan tuan semua mesti ada pilihan masing masing walaupun ketika memilih sabun basuh baju. Kan ?

2. Mengurangkan Sensitiviti Harga

Bila pelanggan menjadikan sesuatu brand sebagai preferred brand, harga mahal pun dia masih steady. Sebab mereka tahu mereka bukan sekadar beli produk, tapi brand.

Macam bila hati kita dah terpaut pada ‘bunga’ lah, kalau hantarannya agak tinggi sedikit atau cabaran untuk memilikinya itu sukar. Kita pejamkan mata saja, kerana kita hargai nilai pada bunga. Gitu


3. Meningkatkan Kesetiaan Pelanggan

Branding done right boleh menghasilkan ‘raving fans‘, bagaimana ada orang boleh tattoo kan badannya dengan logo Harley Davidson. Kerana ada sense of belonging

Kalau jenama kita tak payah la sampai kena tattoo, pelanggan boleh buat jadi wallpaper tu kira hebat la tu

4. Mudah Untuk Bekerjasama Dengan ‘Strategic Partner’

bila jenama kita kuat, ramai yang ingin berkawan dengan kita untuk bekerjasama. Peluang bisnes!


5. Meningkatkan Nilai Saham Sekaligus Nilai Pemegang Saham

Kalau tuan tuan kena buat branding kempen tapi, bos atau orang atas kata membazir. Mungkin orang atasan tersebut tak sedar yang branding boleh tingkatkan nilai saham syarikat

Sedarkan mereka


6. Meningkatkan Kemampuan Untuk Expand Kepada Produk Baru Ataupun Kategori Servis Baru

Virgin Group ada Virgin airline, Virgin hotel, Virgin mobile, Virgin megastore dan pelbagai lagi

Hanya bermula dengan satu, tapi yang satu itu Richard Branson dan Nick Powell buat betul betul


7. Mampu Untuk Memikat Bakat Bakat Yang Hebat 

Antara cabaran paling hebat dalam membina empayar adalah merekrut talent yang A class.

Kenapa mereka kena masuk syarikat tuan kalau depa boleh pi ke syarikat yang ada ‘nama’ dan nampak gah bila depa ditanya

“Kerja mana?” oleh makcik dikampung ketika hari raya kelak

Belajar sesuatu ? saya harap perkongsian saya ini dapat beri manfaat kepada peniaga peniaga yang berimpian besar. Start small, think big. 

Biar bila kita buat keputusan untuk berniaga walaupun kecil, asbab kerja kerja branding yang kita buat orang ingat kita bermula dengan modal ratusan ribu ringgit. Gergasi.