Perjalanan Sebagai Penjual CD Game Kepada Orang 30 Terkaya Korea Selatan

Perjalanan Kim kepada pasaran topeng kecantikan muka di China yang bernilai $15Billion setahun adalah sangat panjang dan berliku.

Adik bongsu daripada 3 beradik ini mempunyai zaman kanak kanak yang selesa, ayah Kim adalah seorang pengurus cawangan bank yang sedang meningkat naik pada ketika itu. Sehinggalah keluarga mereka diuji apabila Ayah Kim kehilangan kerja dan semua duit simpanan keluarga hangus dibelanjakan di dalam kancah politik.

Kemudian, Ayah Kim bekerja sebagai buruh binaan, ketika itu menurut Kim kehidupan mereka susah, untuk makan nasi pun dah dianggap sebagai satu kemewahan, mereka sekeluarga terpaksa menggantikan nasi dengan barli sebagai makanan ruji.

Cengkaman Kesusahan Menyemarakkan Bakat Keusahawanan Kim

Apabila umur Kim 15 tahun, Kim mengalami ujian yang berat apabila ayah Kim meninggal dunia kerana kanser hati. Semenjak itu Kim dibesarkan oleh ibu dan nenek beliau.

“Pada fasa awal, saya didorong oleh keperluan untuk mempunyai duit”

Kim berkata menjelaskan apa tujuan awal Kim menceburi keusahawanan.

Sebagai remaja, Kim tak lari dari meminati permainan video (atau sekarang lebih dikenali sebagi E-sports), Kim bekerja separuh masa di sebuah kedai yang menjual pelbagai permainan video yang dimiliki oleh seorang pakcik tua.

Minat yang mendalam terhadap E-sports dan dicampur dengan desakan hidup, Kim membuka kedai bersaiz kecil yang menjual permainan video dan konsol di pangsapuri berdekatan.

Kim berjaya membuka kedai tersebut hasil simpanan sewaktu bekerja $4000 dan meminjam $3000 daripada keluarga beliau.

Kedai tersebut Kim namakan sebagai Game Paradise, nama asal GP Club pada hari ini.

Pengembaraan Kim Bermula

Kim sendiri yang akan membuka kedai tersebut sejurus tamat waktu sekolah sehinggalah pukul 11 malam, ketika itu Kim membuat loyalty program – beli 10 percuma 1 – bagi meningkatkan pembelian berulang dikalangan pelanggan remaja Game Paradise.

Hasil jualan dari kedai ini, apabila sudah cukup, Kim membuka satu lagi cawangan di pangsapuri lain yang berdekatan.

Apabila umur Kim mencecah 20 tahun, Kim telah mengumpul nilai kekayaan sebanyak 300 Juta won (bersamaan dengan kira kira RM 2 Juta pada hari ini).

Memanfaatkan data pelanggan Game Paradise, Kim sedar pelanggan Game Paradise ingin mencari beg selimpang untuk menyimpan permainan konsol Playstation dan Nitendo mereka.

Pada 2003, Kim membuat trip pertama kali ke China , di mana beg selimpang ini boleh dihasilkan. Semenjak itu, Perniagaan permainan video dan aksesori GP meningkat naik kepada 50 Billion Won setahun (RM 160 Juta pada ketika itu!)

Titik Mula Penceburan Kim Ke Dalam Pasaran Kecantikan

Setelah ratusan perjalanan pergi balik Kim ke China, Kim semakin fasih berbahasa cina dan memahami budaya orang orang cina di China.

Dan pada 2013, Kim menyedari satu pasaran baru yang mempunyai potensi yang sangat besar iaitu pasaran kecantikan. Produk kecantikan daripada Korea sangat diminati oleh orang China (malah dunia, akibat daripada letusan budaya Kpop dan Kdrama)

Lantas, Kim membuat keputusan untuk menjadi pengedar bagi sebuah jenama kecantikan korea di pasaran negara China.

Sambutan, sangat luar biasa!

Kim mengenangkan kejayaan membawa masuk produk kecantikan korea di China

Tetapi, peranan Kim sebagai orang tengah mula digugat apabila jenama yang dibawa masuk oleh Kim itu cuba ‘memotong’ beliau dengan menjual terus kepada peruncit di China.

Kecewa dengan itu, Kim pergi berjumpa dengan pengilang kosmetik kecil di Korea. Pada 2016, Kim melancarkan jenama produk kecantikan beliau sendiri yang diberi nama JM Solution (Journey To Miracle).

Kim mengkaji pasaran dan mendapati pengguna di China membeli topeng kecantikan muka bernilai $15 billion setahun! Pasaran yang besar untuk Kim mengembangkan legasi perniagaannya.

JM Solution di bawah kendalian GP, melancarkan produk topening kecantikan muka yang diberi nama JM Solution’s Honey Luminous Royal Propolis Mask kemudian disusuli denhan Active Bird’s Nest Moisture Mask, Active Jellyfish Vital Mask dan Active Pink Snail Brihtening Mask.


Apa yang menarik, GP tak melancarkan kempen pengiklanan pun. Semuanya di’promosi’ melalui Social Media Influencer di China. Melalui Sina Weibo (versi twitter di China) dan tiktok.

Strategi ini, membolehkan GP menjual jumlah terkumpul 800 juta topeng kecantikan muka sehingga 2018.

Kekayaan Baru

Pada harini GP Club yang bermula menjual konsol permainan video dan aksesori, hanya mewakili 6% daripada pendapatan keseluruhan GP club, selebihnya sebanyak 94% adalah hasil daripada produk produk JM Solution.

Kejayaan GP Club melancarkan JM solution membuatkan para analisa menjangkakan syarikat GP mampu dinilai sebanyak 10 Trillion Won di IPO!

Sumber :
Forbes Asia July/August 2019

Some content on this page was disabled on 13th July 2020 as a result of a DMCA takedown notice from Jun Michael Park. You can learn more about the DMCA here: https://en.support.wordpress.com/copyright-and-the-dmca/

Penjual Daging Ini Gunakan Big Data Untuk Tingkatkan Jualan

Pendleton & Son Butchers adalah sebuah kedai daging kecil terletak di utara barat London yang ditubuhkan sejak 1996, sebagai perniagaan yang dah bertapak lama semenjak 1996, mereka mempunyai pelanggan yang ramai dan reputasi yang bagus selama bertahun tahun

Namun sejak beberapa tahun lalu, apabila sebuah perpustakaan besar ditutup dan digantikan dengan pasaraya besar yang terletak di lorong yang sama dengan Pendleton & Son Butchers, ia ternyata sangat memberi kesan kepada sebuah kedai daging kecil terhadap pelanggan yang datang dan akibatnya hasil jualan merosot.

Apa Permasalahan Yang Cuba Diselesaikan ?

Pengasas mereka, Tom Pendleton yakin yang kedai beliau menawarkan pilih yang mempunyai kualiti tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh pasaraya baru tersebut.

Masalah yang dijumpai adalah kesukaran untuk menyampaikan maklumat atau mesej ini (Daging di kedai beliau lebih berkualiti) kepada orang awam dan kesukaran untuk membuatkan prospek masuk ke kedai beliau lebih memeningkan kepala.

Strategi buang harga tak berjaya, dan dengan hasil jualan yang terus merosot, anak beliau, Tom Pendleton cuba menggunakan data untuk memastikan perniagaan keluarga mereka terus hidup.

Bagaimana Data Di Gunakan Di Kedai Daging ?

Pendleton & Son Butchers memasang peranti yang murah dan simple di tingkap kedai untuk mengimbas bagi menyelia aliran trafik dan mengukur impak ketika mereka membuat promosi melalui tingkap kedai.

Menggunakan pengimbas ini, mereka dapat mengetahui secara tepat

  • berapa ramai orang lalu di hadapan kedai mereka
  • berapa ramai orang yang berhenti sebentar untuk melihat promosi yang dipaparkan di tingkap kedai
  • berapa ramai orang yang sebenarnya masuk ke kedai

Menggunakan data ini, Pendleton & Son Butchers kini boleh tune cara mereka memaparkan promosi dan mesej di tingkap kedai mereka berdasarkan kecenderungan dan tabiat pelanggan mereka.

Menjumpai Potensi Aliran Pendapatan Baru

Hasil daripada perolehan data ini, mereka menjumpai potensi aliran pendapatan yang baru!

Mereka mendapati pada hari jumaat dan sabtu pukul 9 malam sehingga larut malam (mereka tutup belah petang) , ramai orang lalu lalang di hadapan kedai mereka, jumlah orang yang lalu lalang ini bersamaan dengan jumlah pada waktu makan tengahari di situ

Pendleton & Son Butchers pun mencuba menjual sosej dan burger menggunakan bahan premium untuk dijual kepada orang yang baru pulang dari pub berdekatan. Pendapatan mereka meningkat berkali ganda!

Produk khas mereka ini mendapat sambutan yang sangat popular, menyebabkan Pendleton & Son Butchers memutuskan untuk mengekalkan penjualan produk ini pada setiap Jumaat dan Sabtu dan membolehkan lebih ramai orang awam mengenali Pendleton & Son Butchers !

Mengenali Pelanggan Sedia Ada Dengan Lebih Dalam

Kemudian Pendleton & Son Butchers cuba mendapatkan data tentang cuaca dan mengaitkannya dengan jangkaan permintaan pelanggan mereka ;

Adakah apabila cuaca turun pada paras 16 darjah celcius, pelanggan mereka ada kecenderungan untuk membeli daging dengan lebih banya ? atau sebaliknya

Jadi mereka boleh menyusun dengan baik jadual rantaian bekalan mereka, bila nak ambil stok banyak bila nak kurangkan stok di mana ia akan mengekalkan kesegaran daging sekaligus dapat mengekalkan reputasi mereka!

Pendleton & Son Butchers juga membina aplikasi untuk pengguna, di mana mereka ingin mengenal lebih dalam lagi pelanggan mereka ;

  • Siapa pelanggan mereka ?
  • Apa pekerjaan mereka ?
  • Apa yang mereka beli ?
  • Pada waktu bila mereka membeli ?
  • Bagaimana trend pembelian mereka ?

Data data ini akan membolehkan Pendleton & Son Butchers menghantar e-mel promosi atau diskaun mengikut tabiat pengguna mereka secara berasingan yang akan menyebabkan pelanggan Pendleton & Son Butchers akan merasai ada personal touch antara mereka dan Pendleton & Son Butchers

Data Yang Digunakan ?

Ya, Pendleton & Son Butchers hanya menggunakan peranti pengimbas biasa yang tak menelan belanja yang besar pun. Big data tidak semestinya perlu menggunakan peralatan atau perisian yang mahal!

Yang penting kita tahu data apa kita mahu dapatkan dan apa tujuannya ?

Dan ini membuktikan Big Data bukan milik syarikat korporat besar sahaja. Semua jenis atau saiz perniagaan mampu mendapat manfaat dari Big Data ini

Pada akhirnya, tak kisah berapa banyak data yang kita kumpul dan kita analisa. Yang paling mustahak, apa yang kita buat dengan data tersebut.

Rujukan :
big data for small business for dummies (2016), by john wiley & sons, ltd, chichester
big data in practice, by bernard marr