Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai kebaikan ecommerce kepada perniagaan SME, kita kenali dahulu apa maksud E-Commerce itu sendiri.
E-Commerce adalah singkatan kepada perkataan Elektronic Commerce yang terdiri dari pembelian dan penjualan produk atau perkhidmatan melalui sistem elektronik seperti jaringan komputer dan Internet.
Dalam dunia teknologi moden ini, e-commerce menjadi pilihan yang sangat penting bagi banyak perniagaan kerana seperti yang kita tahu, dunia harini telah dikuasai oleh teknologi dan capaian internet.
Ia seolah-olah tiada batasan dalam perniagaan untuk mencapai produk anda kepada pelanggan.
Dengan meningkatnya permintaan untuk pembelian dalam talian, semakin banyak perniagaan beralih ke e-store dari kedai fizikial semata-mata.
Lihatlah realiti hari ini, musim tragis Covid 19 & PKP memberikan kesan yang paling besar kepada perniagaan yang hanya bergerak secara offline semata-mata.
Lihat juga dari sudut positif kepada tragedi Covid-19 ini di Malaysia, permintaan dan pengetahuan kepada pengguna mengenai ONLINE semakin tersebar dengan luas.
Mak Cik Kiah goreng pisang pun dah pandai menjual dan membeli secara online! Pos Laju sahaja menerima parcel hampir 700k setiap hari pada bulan APRIL 2020 ini. Satu jumlah yang sangat besar
Dengan mempertimbangkan peratusan ini, kita dapat mengatakan bahawa e-commerce berkembang pesat kerana rangkaian faedahnya yang dapat dinikmati oleh setiap industri.
Hari ini, e-Commerce telah merevolusikan cara syarikat SME menjalankan bisnes. Kini, pengguna dapat membeli hampir apa sahaja dalam talian 24/7 sehari dan mendapatkan pengalaman membeli-belah yang terbaik tanpa bersusah payah lagi.
Jika anda seorang usahawan SME, hari ini Niaga Daily nak kongsikan kepada anda..
7 Kebaikan Ecommerce Kepada Perniagaan SME
1) Mudah Memperluaskan Jenama Anda
E-commerce adalah cara yang paling ideal untuk membawa jenama anda daripada perniagaan offline(kedai fizikal) kepada online (website). Melalui website anda, ianya mampu hidup 24/7 tanpa berehat.
Dengan bantuan sosial media harini membuatkan kedai anda tidak perlu direka banyak kali! Satu website, boleh di akses kepada jutaan pelanggan anda.
Tiada limit seperti kedai fizikal yang mungkin terhad untuk beberapa pax dalam sesuatu masa. Selepas ini juga anda tidak perlu risau mengenai sewa kedai, renovasi dan sebagainya.
Kini jenama anda boleh diluaskan ke seluruh tempat dengan mudah!
2) Senang Untuk Pelanggan Berbelanja
Kedai online akan membuatkan pelanggan kita boleh datang pada bila-bila dimana jua yang mereka mahukan! Tidak terhad pada sesuatu masa ataupun perlu mengikut jadual waktu free mereka.
Saya percaya, anda yang membaca ni pun dah kurang membeli secara Fizikal kan? Dah mula untuk membeli barangan-barangan secara online di shoppe atau lazada. Sebab apa?
Kerana ianya mudah, tak terikat dengan masa, waktu perjalanan kos dan sebagainya apabila pelanggan nak membeli sesuatu barangan. Selesa & Fleksibal.
3) Mudah Untuk Skalakan Perniagaan
Laman web ecommerce membolehkan anda menskala perniagaan anda dengan lebih mudah. Sebab apa? Anda boleh menambah produk anda pada bila-bila masa tanpa perlu memikirkan untuk memperbesarkan premis jika anda berniaga secara kedai fizikal.
Sekarang Ini pula, ada servis courier yang datang ke ofis kita untuk ambil parcel! Dari segi sales pun tiada limit.
Lihat sahaja bagaimana Ali Baba mampu menjana jualan berbillion dalam satu hari semasa 11.11 atau 12.12! Kalau kedai fizikal, mau anda perlukan ribuan staff untuk menguruskan duit tu. Haha
4) Kos Yang Rendah
Selenggara website sangat murah berbanding daripada anda menjaga kedai fizikal. Bukan setakat itu sahaja, mungkin di kedai anda perlukan sehingga 5 orang pekerja dalam satu masa.
Tapi di website, anda hanya perlu seorang sahaja (bisnes skala kecil) untuk mengawal selia website untuk melihat order & membuat packing. Nak buat inventori produk atau perkara2 yang renyah pun mudah melalui website! Semuanya telah direkod secara rapi.
5) Analitik Pelanggan
Hari ini DATA adalah segala-galanya. Kalau tidak, bagaimana Facebook & Google mampu menjana billion sales dari advertising!
Semuanya melibatkan DATA. Kita peniaga SME kena belajar untuk menggunakan DATA dalam bisnes kita. Jika anda menjual melalui ecommerce website, apa yang data anda akan dapat ? Ini antara jenis maklumat yang boleh anda analisis :
– Data Demografi
– Produk yang Dibeli
– Produk Dilihat
– Produk Dikongsi
– Masa yang Dibelanjakan di Laman Web
– Paparan Mudah Alih vs Desktop
– Masa Pembelian
Dan Banyak Lagi!
Semua data ini kemudian dapat dianalisis untuk membantu anda membuat keputusan mengenai perniagaan anda dengan lebih tepat!
[Baca Juga : Penjual Daging Gunakan Big Data Untuk Tingkatkan Jualan]
6) Mampu Untuk Automasi Perniagaan
Melalui ecommerce anda mampu untuk automasikan perniagaan anda. Kerana apa? Ianya bukak 24/7/365 walaupun tanpa ada monitor setiap masa!
Penjualan akan lebih mudah kerana ianya hanya melibatkan pelanggan dan website anda. Tidak perlu sales person untuk layan sentiasa seperti kita close melalui Whatsapp.
7) Mudah Menguruskan Database Pelanggan
Kita tahu database pelanggan merupakan suatu aset yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Jadi melalui ecommerce ni anda boleh urus database dengan teratur.
Bayangkan selama ni database kita dalam excel (tu pun kalau simpan), semuanya dibuat secara manual. Kalau ada di website, kita boleh follow up mereka untuk UPSELL, REMINDER, SHOUTOUT PROMO dan sebagainya.
Bayangkan jika kita berniaga dah 5 tahun ada 20,000 database dalam website? Lepas ni anda jual apa sahaja, anda blast sahaja 20k database ini melalui emel. Kan dah jimat marketing kat situ.
So ini antara 7 Kebaikan Ecommerce Kepada Perniagaan SME yang boleh saya kongsikan.
Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan ecommerce ni untuk perniagaan anda. Anda akan explores satu persatu kebaikan bila anda sudah mempunyai ecommerce website nanti.
Yang penting mesej ini adalah kepada SME bisnes di luar sana yang masih lagi tidak ecommerce kan perniagaan mereka. Mulakan harini!