Apa Itu ‘Pivot’ Dan Kenapa Usahawan Perlu Tahu Ilmu ‘Pivot’

Malaysia telah memasuki fasa ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan semua sedia maklum perang terhadap Covid-19 ini adalah bukan semata mata perang melawan wabak, tetapi perang memulihkan kembali ekonomi.

Banyak perniagaan kecil sederhana, Startup yang terjejas, kehilangan aliran tunai yang memakan sikit demi sedikit duit simpanan syarikat akan menyukarkan keadaan.

Adakah bangsa usahawan hanya akan mengambil langkah tunggu dan lihat ?

Sudah tentu tidak, seperti contoh di dalam negara Malaysia, syarikat seperti The Lorry, Mat Despatch, Zepto Express, ARBA Travel memulakan langkah dengan menambah perkhidmatan pembelian barangan basah atau barangan runcit, dan ARBA Travel pula mengeluarkan sistem Yezza untuk membantu peniaga kecil berniaga di atas talian.

Apa Itu Pivot ?


Di dalam dunia Startup, Pivot bermaksud menukar haluan atau strategi dan Pivot sering disalahanggap sebagai menukar keseluruhan strategi syarikat.

Tidak semestinya.

Kadangkala, Syarikat hanya mempunyai satu atau sedikit masalah yang perlu diselesaikan dan mungkin hanya memerlukan perubahan dalam beberapa aspek sahaja untuk membuatkan Syarikat kembali ke landasan yang betul (untung)

Contoh yang boleh dianggap sebagai Pivot

  • Mengeluarkan satu fungsi dalam sesebuah produk/servis sedia ada dan menukarkannya menjadi stand alone produk/servis
  • Menukarkan fokus kepada jenis pelanggan yang berbeza dengan memposisikan syarikat di dalam pasaran yang baru
  • Menukar platform, seperti contoh, daripada aplikasi mobile kepada software
  • Melancarkan model aliran pendapatan yang baru, seperti contoh, syarikat yang menghasilkan
    konten mungkin merasakan subscription model lebih menguntungkan berbanding penjualan ruang iklan
  • Menggunakan teknologi yang lain untuk menghasilkan produk, selalunya untuk merendahkan lagi kos pengeluaran atau untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi
Odeo melalukan pivot dan terhasil lah Twitter yang memasuki IPO pada tahun 2013

Bagaimana Nak Pivot Dengan Efisien ?

Apabila syarikat membuat keputusan untuk pivot, banyak perkara tentang perlaksanaan perlu diambil berat.

Ini adalah tips daripada 10 Years Founders Institute untuk mengurangkan risiko ketika melaksanakan strategi pivot dan meningkatkan peluang mendapat hasil yang bagus

  1. Laksanakan Secepat Mungkin

    Banyak syarikat atau startup yang melalukan pivot lebih daripada sekali. Jangan rasa down bila kita perlu banyak kali pivot untuk meletakkan syarikat di landasan yang betul.

    Biarpun kita baru pertama kali atau sudah kali ke 5 melakukan pivot – yang penting kita laksanakan dengan pantas untuk mengelakkan kita membuang masa, tenaga dan duit.
  2. Tetapkan Matlamat Baru Yang Selari Dengan Visi Anda

    Keusahawanan adalah long term game, dan untuk mengharungi perjalanan jangka masa panjang matlamat dan visi perlu selari. Jadi setiap kali pivot, boleh nilai semula matlamat dan visi asal, kalau perlu tukar, tukar saja
  3. Jangan ‘Buang’ Semua Yang Dah Dibina

    Kerana pivot tidak semestinya kita melakukan perubahan radikal atau drastik. Penting untuk kita mengenalpasti aspek aspek sedia ada yang boleh disimpan, diselamatkan, atau digunakan semula.

    Usahawan mungkin telah berpenat lelah menghabiskan wang, tenaga dan masa membina perniagaan stabil. Untuk pivot, usahawan disaran melorongkan sumber yang ada (kepakaran, pasukan, duit, premis dan lain lain) kepada halatuju yang baru
  4. Hanya Pivot Bila Yakin Dengan Peluang Pertumbuhan Yang Ada

    Strategi pivot ini sangat berguna apabila syarikat menemui jalan buntu ataupun halangan. Tetapi
    usahawan perlu melakukan pivot dengan mengambil kira tentang saiz pasaran, pesaing, kemahuan pelanggan, ramalan pendapatan dan pelan jangka masa panjang.

Lebih banyak kita bersedia dari segi perancangan dan halatuju, lebih bagus. Membuat keputusan jangka panjang tanpa berfikir dengan teliti hanya akan membawa kepada masalah baru.

Jadi sebelum membuat apa apa keputusan, ambil masa untuk menyiapkan syarikat dari segi perancangan jangka panjang dan juga halatuju baru.