- Walmart mempunyai 2.2 Juta pekerja di seluruh dunia. 1.5 Juta daripadanya adalah di Amerika Syarikat!
- Untuk tahun berakhir 31 January 2019, Walmart mencatatkan pendapatan sebanyak $514.4 billion
Pasaraya besar seperti Walmart, Tesco, Amazon, dan lain lain menjual berjuta-juta barang dagangan setiap hari, dalam industri yang dipanggil FMCG (Fast-Moving Consumer Goods), ia adalah satu industri yang sengit dan jangan terkejut jika purata keuntungan bersih selepas cukai untuk pemain di industri ini hanyalah 3% – 9% sahaja!
Margin keuntungan yang nipis, kalau silap percaturan, boleh rugi. Sebab kebanyakkan barangan yang dijual di pasaraya ada tarikh luput yang singkat, mudah rosak, dan tabiat pengguna berubah dengan sangat laju bergantung kepada faktor luaran macam harga minyak, musim perayaan, kestabilan ekonomi, musim hujan, bencana dan lain lain
Ini semua menyebabkan Walmart cuba mencari solusi bagaimana untuk menjual barang dagangan yang tepat, harga yang tepat, pada orang yang tepat di masa yang tepat!

Bagaimana ‘Big Data’ Digunakan Untuk Mengatasi Masalah Ini ?
Pada 2011, ketika kesedaran tentang bagaimana data boleh digunakan untuk memahami keperluan & tabiat pengguna dan menyediakan mereka dengan produk yang tepat mula menjadi bualan ahli perniagaan di seluruh dunia
Walmart menubuhkan @WalmartLabs & Fast Big Data Team untuk mengkaji dan melancarkan initiatif perniagaan berpandukan data di seluruh organisasi mereka
Strategi mereka ini dikenali sebagai Data Café – Hab analisis di Ibu Pejabat mereka bertempat di Arkansas. Di Data Café, pasukan analisis boleh mengawasi sebanyak 200 aliran data dalaman dan luar secara langsung!
Akses kepada data secara langsung adalah kunci kepada prestasi perniagaan yang hebat
“Jika anda tidak tahu apa yang berlaku hanya sehingga anda menganalisa prestasi jualan untuk seminggu ataupun sebulan, dalam tempoh tersebut anda telahpun rugi!”
Naveen Peddamail
Penganalisa Statistik Walmart
Matlamat Walmart adalah untuk mendapatkan maklumat, informasi dan data dengan pantas dan menyalurkan semua itu kepada pihak terlibat supaya mereka boleh mengambil tindakan terus untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul.
Pasukan dari mana mana bahagian atau jabatan akan dijemput membawa masalah data mereka ke Data Café dan bekerja bersama dengan penganalisa untuk mencari solusi.
Walmart juga membangunkan sistem untuk ‘mengawasi’ prestasi mereka dan boleh ‘memberitahu’ mereka jika Walmart sedang berada di tahap atau situasi yang tidak diingini, solusi akan terus dirangka bersama sama pasukan operasi dan juga penganalisa data.
Contoh Situasi Penggunaan ‘Big Data’ Di Walmart
- Pasukan Bahagian Runcit Walmart mengalami kesukaran untuk memahami kenapa jualan untuk sesetengah barangan merosot secara mendadak
Apabila data sampai ke tangan Data Café, dengan pantas mereka mengetahui punca sebenar kemerosotan itu. Berpunca dari kesalahan meletakkan tanda harga
Kesilapan itu terus dibetulkan dan jualan kembali pulih selepas beberapa hari.
Kalau lambat tahu punca, bayangkan berapa banyak yang Walmart boleh rugi! - Ketika Halloween, mereka mendapati jualan Novelty Cookies di beberapa lokasi Walmart tak terjual langsung! Setelah dianalisa, di lokasi tersebut pasukan operasi tak letakkan produk itu di rak jualan.
Bukan algoritma yang kompleks, tetapi masalah itu dapat diatasi awal kerana mereka ada sistem untuk menganalisa data secara langsung - Walmart juga mengumpulkan data dari perbualan perbualan di media sosial dan daripada itu mereka cuba untuk ‘meramal’ produk atau barangan yang akan laku dalam tempoh beberapa minggu atau bulan yang akan datang
Ini memudahkan mereka membuat pembelian stok dengan lebih awal dan murah, sebab dalam pasaran ketika itu belum ada permintaan, jadi mereka boleh beli stok dengan harga murah! - Walmart membangunkan enjin pencarian mereka sendiri, dimana membolehkan mereka menganalisa barangan apa yang selalu dicari oleh pelanggan di Laman E-dagang Walmart
Hasil Dari Perlaksanaan ‘Big Data’
Initiatif Data Café telah berjaya mengurangkan masa yang perlu diambil untuk sesuatu masalah diselesaikan, sebelum ada ‘Big Data’ ini Walmart ambil masa sehingga 3 minggu untuk kenalpasti masalah dan penyelesaian, dan Walmart berjaya mengurangkan tempoh itu kepada hanya 20 minit! Gila!
Untuk kekal relevan setelah kemunculan Amazon dan Alibaba. Walmart melaksanakan strategi yang betul apabila melancarkan initiatif ‘Big Data’
Kebanyakkan orang bila dengar pasal ‘Big Data’, mesti ingat benda benda canggih yang tak terjangkau akal. Dari sudut perniagaan, ia hanya kupayaan untuk memahami masalah, tabiat, trend dan menyediakan solusi dengan lebih cepat.
Rujukan : 1) Walmart (2015) When data met retail: A love data story 2) Big Data in practice - Bernard Marr